Wednesday, January 30, 2008

Anugerah Juara Lagu Ke 22

Salam buat pengunjung2 blog World of Zahar yang budiman...kali ni aku nak story kat u ollsss pasal Anugerah Juara Lagu Ke 22 (AJL ke 22) yang berlangsung pada 27 Januari 2008 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Tema AJL ke 22 tahun ni ialah Muzik Magik.

"tiket untuk kawan2"


Aku dan Yatie bersama teman2 ku dapat menyaksikan AJL secara langsung di Stadium Putra. Antara teman yang datang ialah Suh, Miss X, Zue dan juga Justice. Aku tiba di stadium bersama Justice lebih kurang jam 6.30 petang dan disusuli pula oleh Suh 10 minit kemudian. Miss X dan Zue pula tiba agak lewat sedikit.

"teman2...Justice tak kelihatan kerana melarikan diri...hehehe"


Seperti pada tahun lepas, tahun ini juga aku dapat menyaksikan persembahan tersebut dari tempat duduk VIP. Walaupun begitu aku memilih tempat duduk sponser kerana dari situ viewnya agak jelas dan tidak mendongak. Untuk pemegang VIP tiket kami menerima 'buah tangan AJL' yang aku kira agak menarik gak. Aku juga ada menerima 'post party pass' tetapi terpaksa menolak kerana sudah berjanji dengan teman2 untuk pergi makan malam bersama. Sebelum pulang, kami telah diberi cenderahati berupa lipstik L'oreal edisi Michelle Yeoh. (pompuan jek dapat...aku tak dapat pun).

"tiket VIP"


"lipstik L'oreal edisi Michelle Yeoh"


Berbalik pada AJL, sebanyak 14 lagu yang layak ke pertandingan akhir pada tahun ni. Terbahagi kepada 3 kategori iaitu Etnik Kreatif (3 lagu), Balada (5 lagu) dan juga Pop Rock (6 lagu). Pengacara AJL tahun ni seramai 4 orang iaitu Farah Fauzana, Ally Iskandar, Cheryl Samad dan juga Faizal Ismail.

Urutan persembahan:-

1) Jinbara ~ Farhana Puteri Bumi Kenyalang (Pop Rock)

"Farhana oh Farhana...kau biarkan ku tersiksa..."


2) Nora ~ Samudera (Etnik Kreatif)

"ku serakkan tautan kiambang..."


3) Fazli Zainal ~ Harapan (Balada)

"tidak kesampaian cinta kita..."


4) Dato' Siti Nurhaliza ~ Destinasi Cinta (Pop Rock)

"kini menuju ke destinasi yeay yeay..."


5) *Fiq ~ Mahakarya Cinta (Balada)

"kau bagaikan udara..."


6) Aishah ~Kasihnya Balkis (Etnik Kreatif)

"akhirnya terjawab sudah..."


7) Misha Omar & Andy ~ Sembunyi (Pop Rock)

"sembunyi namunkan terlihat yang jelas di wajah..."


8) Sofaz ~ Janjiku (Pop Rock)

"bukakanlah pintu hatimu...izinkan aku kembali padamu..."


9) **Sahri ~ Izinku Pergi (Balada)

"pergilah rinduku...hilangkan dirimu..."


10) Mawi ~Angan & Sedar (Pop Rock)

"aku sedar siapa diriku...aku dah tahu siapa aku..."


11) Jaclyn Victor & Lah Ahmad ~ Ceritera Cinta (Balada)

"hentikanlah saja jenaka bermadah..."


12) Estranged ~ Itu Kamu (Pop Rock)

"kau terindah...masih ada...yang tercantik...itu kamu..."


13) Ramlah Ram ~Dirgahayu (Etnik Kreatif)

"mana air hilangkan hausku..."


14) ***Bob ~ Kasih Tercipta (Balada)

"carilah ku dalam hatimu...sayang sebutlah kau rindu..."


* Penyanyi asal ~ Faizal Tahir (kena gam)
** Penyanyi asal ~ Kaer (study kat Indonesia)
*** Penyanyi asal ~ Faizal Tahir (kena gam)

Pemenang Juara Lagu menerima RM25,000. Juara Kategori pula menerima RM12,000. Manakala Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik masing2 menerima RM10,000. Berikut adalah senarai para pemenang...

"para pemenang"


Juara Lagu ~ Itu Kamu
Komposer : Estranged
Lirik: Richael Lawrence
Artis : Estranged




Juara Etnik Kreatif ~Samudera
Komposer : Johan Nawawi
Lirik Ahmad Fedtri Yahya
Artis : Nora




Juara Balada ~ Izinkanku Pergi
Komposer : Azlan abu Hassan
Lirik : Sulu Sarawak
Artis : Sahri




Juara Pop Rock ~ Itu Kamu
Komposer : Estranged
Lirik : Richael Lawrence
Artis : Estranged




Persembahan Terbaik ~ Angan & Sedar
Komposer : M.Nasir
Lirik : Loloq
Artis : Mawi




Vokal Terbaik ~ Ceritera Cinta
Komposer : Ross Ariffin
Lirik : Habsah Hassan
Artis : Jaclyn Victor & Lah Ahmad




Sebelum mengakhiri bicara aku, teman2ku dan juga 'World of Zahar' merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabatku, Encik Saofan atas pemberian tiket AJL dan juga tiket2 VIP. Tak lupa juga terima kasih atas pemberian lipstik L'oreal walaupun aku tak dapat...hahaha. Harapan untuk AJL 23 nanti leh dapat tiket VIP lagik...hehehe. Itu sajer story pada kali ni...nantikan story2 lain pada masa akan datang...babai!!

"bersama sahabatku"

sumber foto : gua.com.my dan koleksi peribadi

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home