Thursday, December 13, 2007

Underneath Pokok Kelapak Bowling Tournament

Salam buat tetamu2 blogku yang dihormati.

Pada 9 Disember yang lepas, Marsha United Club (Marsha fans club) telah menganjurkan perlawanan bowling di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square. Dengan bertemakan "Bowling Underneath Pokok Kelapak" seramai 48 pasukan telah menyertai perlawanan tersebut yang mana kebanyakannya terdiri daripada kelab2 peminat artis Akademi Fantasia kesayangan mereka.

"puteri2 Marsha United menanti di kaunter pendaftaran"


Seawal jam 8.30 pagi, aku serta rakan2 komiti yang lain telah sampai ke pusat bowling. Segala persiapan diatur dengan rapi. Meja pendaftaran telah dibuka pada jam 9.30 pagi. Setiap team yang mendaftar telah diberikan 'goodies bag' sumbangan daripada Gua.com.my. Malangnya sarapan pagi (nasi lemak dan air minuman) agak lewat sikit diedarkan oleh kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan. Aku yang mewakili pihak penganjur memohon maaf di atas kelewatan tersebut.

"lontaran pembuka tirai dari Marsha"


"gaya lontaran strike Marsha"


"Marsha register di kaunter gua.com"


"Marsha melayari Kerana Karina"


Pada jam 11 pagi perlawanan dimulakan. Lontaran pembuka tirai dilakukan oleh Marsha. Marsha juga turut bermain mewakili kelab Marsha United di lane 22 (sempena birthdaynya yang ke 22 nih!!). Setiap pasukan bermain sebanyak 3 game. Marsha United telah menghantar 2 pasukan. Marsha United 1 telah diwakili oleh Pecol, Abg xkesah, Gambate dan juga Marsha manakala Marsha United 2 pula diwakili oleh aku, Yatie, Miss X dan juga Zue.

"team Marsha United"


"team aku...hehehe"


Lebih kurang jam 1.30 petang hampir kesemua pasukan telah menamatkan permainan. Sementara menunggu keputusan di umumkan Marsha serta Heliza dan Amylea telah mengadakan persembahan. Setelah selesai persembahan mereka, arena bowling telah 'blackout' sementara waktu. Nyanyian 'happy birthday' berkumandang. Kek birthday berwajah Marsha dibawa masuk. Surprise!!! Marsha yang agak 'shock' ketika itu tiba2 mengalirkan air mata. Majlis pemotongan kek telah disertai bersama Shawal, Heliza, Amylea dan Noni.

"kek gambar Marsha"


"upacara potong kek"


"awek tudung putih ~ manager baru artis AF"


Selepas jamuan kek keputusan pun diumumkan. Noni FC telah menjuarai tournament tersebut dengan 1977 jatuhan pin . Tempat kedua jatuh kepada Ebi FC (1899) dan tempat ketiga oleh Mawi Frenz FC (1837). Mereka menerima sebuah 'plaque' pokok kelapak dan sebuah hamper. Manakala tempat ke 4 hingga ke 10 masing2 menerima sebuah hamper. Pemain terbaik lelaki jatuh kepada KZBK (Noni Fc) dengan 574 jatuhan pin manakala pemain terbaik wanita pula Jastina (Ebi FC) dengan 570 jatuhan pin. Senarai penuh keputusan boleh didapati di blog M2M.

"plaque Underneath Pokok Kelapak"


"the real Underneath Pokok Kelapak!!"


Majlis keseluruhan tamat pada jam 2.45 petang. Terima kasih diucapkan kepada pihak2 penaja, Gua.com di atas sumbangan 'goodies bag', kedai kek ' Cupcakes' dan Majalah Hai. Terima kasih juga kepada Bloggers (Badrul & Joe Lee), Amylea, Heliza, Noni, Shawal, Diddy, Tomok & Newboyz, Suraya (gua.com), Nadia (Maestro) dan juga kepada para pemain kerana memeriahkan majlis. InsyaAllah jika tiada aral melintang Marsha United Club akan mengadakan majlis2 sedemikian pada masa akan datang.

"yeargggghhhhhhhhhh!!!!"


"bersama bunga2 Gua.com ~ Ofey, Ester dan Suraya"


Apa yang ada dalam 'goodies bag'?

"t-shirt Gua.com.my"


"mouse pad Gua.com.my"


car sticker (dah tampal kat cermin kete) dan jugak landyard (aku tak dapat pun).

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home