Sunday, August 19, 2007

Selamat Pengantin Baru...Mas & Fattah

Pada 18 Ogos yang lepas, aku dan Yatie telah menghadiri satu jemputan perkahwinan di Taman Tasik Titiwangsa.... Pasangan pengantin yang bertuah mendapat kunjungan aku dan Yatie itu ialah Masrita & Fattah....hehehe terasa macam kitorang ni VIP plak!! Pengantin pompuan ni kawan Yatie...ex-officemate dia.

"Selamat Pengantin Baru"

Aku bertolak dari rumah lebih kurang kul 1 petang. Jalan ke KL agak lengang jugak. Mungkin disebabkan cuti sekolah kot...jadi ramai yang gi bercuti di luar KL kot. Aku sampai lebih kurang kul 1.45 petang....aleh2 pakcik DBKL tu tak bagi aku masuk jalan ke kenduri tu plak!! Siut tul!! Takkan nak suruh aku menapak sejauh tu... Mau ketiak basah bila sampai...hahaha!!
Jadi aku buat keputusan keluar balik ke jalan besar dan buat U-turn bila aku nampak banyak kereta yang mencelah jalan yang di jaga oleh pakcik DBKL tu.

"semoga berbahagia"

Sampai jer di lokasi..(mcm nak gi shooting plak!!) aku tengok ramainya umat manusia... Rupa2nya ada sambutan Hari Belia kat situ. Dato' Azalina pun ada. Tapi sebab niat aku nak menghadiri jemputan kahwin so aku tak ler gi tengok Hari Belia tu.

"siang pegang pedang, malam pegang keris"

Time aku sampai di khemah pengantin, pengantin baru jer sampai. Derang tengah bersanding. Tema derang kaler hijau....emmm cantik kaler tu. Tengok pengantin lebih kurang pas tu kitarong pun start ler makan. On the way amik nasik tu nampak ler Kak Nor and hubby ngan Tasha. Sedap gak menu kenduri ni. Mungkin sebab aku lapar sangat kut. Pertengahan aku makan Rai dan isteri pun join sekali satu meja.

"Eye On Malaysia"

Pemandangan memang indah... Sambil makan boleh tengok Eye On Malaysia....tapi aku rasa ramai sangat orang lalu lalang kat situ...dan aku rasa ada jugak yang set lalu lalang kat situ singgah makan free...hahaha...

Itu jer lah kisah aku minggu ni.... Nantikan cerita minggu depan plak!!

babaiiiii............

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home