Bloggers tak kebal: PM
Pengendali laman blog kena tindakan jika sentuh isu sensitif

KUANTAN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar)memberi amaran kepada pengendali laman blog supaya tidak menulis sesuka hati terutama perkara sensitif menyentuh soal Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam.
Perdana Menteri menegaskan, pengendali laman blog juga tertakluk kepada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur tidak baik dan tidak bertanggungjawab.
“Cakap pasal bloggers ni, ia bukan satu kebebasan untuk buat apa mereka suka atau menyatakan mereka kebal daripada undang-undang, hanya kerana mereka didaftarkan di luar negara. Ini tidak bermakna mereka ada hak cakap apa saja.
“Undang-undang untuk semua. Tanggungjawab kewartawanan adalah ke atas semua. Sebagai orang yang mengeluar dan membuat berita sama seperti rasuah juga, tiada siapa yang boleh menyatakan dia dikecualikan, kerana ada undang-undang yang boleh dikenakan ke atas perbuatan itu.
“Jangan sampai mencemarkan Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam, ini adalah perkara yang tidak boleh dianggap sebagai mudah atau sesuatu yang memberi kebebasan dan bercakap ikut suka saja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Hyatt Regency di sini, semalam, sebelum menghadiri majlis perkahwinan seorang kakitangan Seri Perdana, Mohamad Hitam, 27 dan pasangannya, Nurul Hanisah Judi, 25, di Kampung Balok, Beserah. Turut serta Datin Seri Jeanne Abdullah.
Isnin lalu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap laman blog Malaysia-Today kerana didakwa menghasut rakyat supaya menentang pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong selain Islam.
Muhammad turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengendali laman blog dan penulis komen kerana ia boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Rabu lalu pula, pengendali laman blog terbabit, Raja Petra Kamaruddin, 57, memberi keterangan selama lapan jam di balai polis yang sama berhubung penyiaran komen berunsur hasutan dalam blog beliau itu. Raja Petra pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) pada 2001.
Mengenai tindakan susulan kerajaan terhadap pengendali laman web yang didapati mengeluarkan berita tidak bertanggungjawab itu, Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan.
Kredit: Berita Minggu
p/s: aku tak pernah rasa kebal pun!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home