Bowling Tournament Media Hiburan
Yo ollss....salam semua...
21/3 yang lepas....lepas aku gi interview la...petang tu kul 3.30 petang aku ada bowling tournament kat Ampang Superbowl, Berjaya Times Square anjuran Media Hiburan.

"Media Hiburan Bowling Tournament March 2007"
Aku sampai tempat bowling tu lebih kurang kul 3 la. Mula2 ingat nak pektis dulu tapi rasa malu plak sebab kaunter pendaftaran tu dah bukak. Kang kalau pektis macam hancur jer buat gelak dek orang plak! Aku pun gi la kat meja pendaftaran tu. Dapat t-shirt kaler hitam derang suruh pakai masa main nanti. Lepas salin baju tu, aku lepak la sorang2 kat kafe tu. Dalam pada tu aku terbayang gak satu peristiwa tu member aku, Zue tergolek kat situ. Emm...camner la agaknya keadaan dia jatuh masa tu. Ada member aku cakap dia dive macam goalkeeper. Hehehe Zue...jangan marah haaa.. Masa aku lepak tu meja sebelah aku Nurul AF2. Siap lambai kat aku lagi. Sweet gak si Nurul ni.

"senyuman manja Nurul"
Tak lama pas tu sorang2 artis datang. Ada gak la artis yang datang tu bersalaman ngan aku masa derang sampai. Kembang gak rasanya artis datang kat kita bersalam...hahaha. Sebelum game bermula kitorang disajikan dengan McD burger ngan air sekali. Derang suruh makan untuk bagi tenaga...hahaha iyolah tu!
Sebanyak 10 team yang bertanding yang mana satu team ada 4 orang pemain. Kebanyakan team tu artis la yang main. Pembaca yang bertuah seramai 4 orang termasuk la aku. Kiranya bertuah gak aku ni...hehehehe.

"SLN team ~ Amer, Zahar, Thalia & Ikhwan"
Team aku diberi nama SLN sempena nama ruangan dalam majalah tu, Selebriti Luar Negara. Team aku terdiri dari aku, Ikhwan @ Bong, Thalia dan juga Amer. Pada awalnya kitorang pun tertanya2 gak apa maknanyer SLN. So kitorang pun buat andaian shortform of 'SELENGER' kut...hahaha...memandai jek....marah Media Hiburan kalo tau ni...

"aksi 'raja longkang' Thalia...menghiburkan!"
Team aku ni tak lah hebat sangat...tapi aku enjoy gak main ngan derang ni. Bagi Thalia plak ni first time dia main bowling. Sampaikan pegang bola bowling pun kena ajar...kelakor tul! Awal2 lagi dia mintak maaf kat kitorang takut kitorang marah kalo kalah. Setiap kali si Thalia punya turn semua orang terpaku tengok cara baling dia..ada stail yang tersendiri. Dah la tu main bowling sampai terpatah kuku...sian tul. Aku bagi tau dia jangan risau b'coz aku rasa dia bakal dapat oscar 'Raja Longkang'. Thalia ni kalo tengok dalam citer Bong tu nampak macam brutal tapi realitinya manja...hehehe. Ikhwan plak kira ok gak la dia main. Suka gak dia pakai bola aku. Kata dia ada luck! Amer sometime ok, sometime hancur....hahaha.

"tokeh bedak mandrem ~ Amyza Adnan"
Team sebelah aku, Team Aniff. Dalam team tu ada Amyza Adnan. Tak leh fokus tul main kalo dia ni ada. Ada jer cara dia nak mengacau orang main. Apa taknya dia boleh tepek bedak mandrem dia kat pipi player team lain...but enjoy gak dia ni ada...happening skit...hehehehe.

"Dina yang sporting!"
Team sebelah kira aku plak, Team Pot Luck yang terdiri dari Dina, Nikki, Yanie dan Sya. Nikki ngan Yanie sampai lambat. Sian aku tengok si Dina main. Berpeluh2....hahaha tapi tetap sporting.

"Yanie tengah sental burger....tgh mkn pun nampak kiut!"
Bagi aku, inilah satu2 nya tournament bowling yang paling happening yang pernah aku main. Havoc giler.... Mana yang ada kaki mengacau, kaki buat drama, kaki jerit2 semuanya ada. Selebriti la katakan. Rasa macam selebriti lak aku hehehe.
"lepak time!! lepas penat bermain"
Setelah menghabiskan 3 game dengan point yang tak seberapa tu aku pun lepak la sama ngan derang sambil menunggu keputusan. Setiap peserta tak pulang ngan tangan kosong. Ada cenderamata dari Karangkraf dan Digi selaku penaja.

"buah tangan dari Karangkraf dan Digi"

"kenangan bersama..."
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi. Sebelum aku melangkah balik aku baru terperasan adanya kelibat si Ikin....aku pun tak tau apa tujuan dia datang. Tapi yang pasti dia bukan datang ngan Mawi la.
"sesi fotografi beramai2"
Ok lah....untuk keterangan lanjut pasal citer bowling ni korang boleh la beli Media Hiburan bil. 1143 bertarikh 31 Mac 2007. Rugi tau kalo korang tak beli. Ada gambo aku dalam tu...hehehehe.

"aku & Yanie"

"aku & Nikki"

"aku & Eliza"

"bersamamu Ezlynn....cun siot!!

"wak Adi......cucu se atok ngan aku"
Labels: activity
































0 Comments:
Post a Comment
<< Home