Bowling Tournament Faizal FC
Hai ollss... kabare semua...harap semuanya waras...hehehe. This week aku nak citer sikit tentang aktiviti yang aku buat semalam. Sebelum aku meneruskan citer aku aku nak wish ler kat kaum cina "Gong Xi Fa Cai'. Cuti Raya Cina hari tu aku tak ke mana2 pun. Duk kat umah jer. Ada sorang member aku tu gi holiday kat Australia. Tentu seronok kan? Tapi tunggu gak bila dia nak citer perjalanan 'holiday' dia tu ke sana. Hmmm...entahlah!!

"abang2 encem M2M"
Ok lah..itu citer lain. Sekarang aku nak citer pasal bowling tournament yang dianjurkan oleh Pokja FC. Diadakan di Berjaya Times Square Ampang Bowl. Masa kul 8 malam kalau ikut jadual la. Tapi Pokja tu kan Melayu dan organiser bowling tu pun Melayu lah jugak. Cakap kul 8 tapi kul 9.15 baru start. Itu pun terlalu banyak celoteh macam pergi majlis syarahan plak. Team aku diwakili oleh Panji, Justice, Pecol dan aku sendiri.

"the player"
Mula2 masa pendaftaran derang dah buat kitorang tak puas hati. Derang suruh tukar tshirt yang kitorang pakai masa tu (Tshirt M2M). Derang suruh tukar pakai baju Faizal FC. Lagi satu derang sedap2 jer bubuh nama team kitorang 'My Heart'. Kitorang mintak tukar nama team derang tak nak bagi. Tapi dalam hati aku nasib baik 'My Heart' bukan 'Watimang landok' hehehe.

"My Heart....hehehe"
Dalam mood yang boleh dikatakan spoil tu kitorang melontar lah jugak. Performance kitorang sedikit hancuss!! Tapi aku rasa team kitorang mengalami gangguan emosi kut...hahaha. Ye lah tunggu lama sangatkan. Harapkan team manager kul 9 malam baru sampai. Sibuk betul dia ngan swimming dia. 'Anak buah' tunggang langgang. Nasib baiklah ada penyokong2 yang tak seberapa memeriahkan sikit permainan kami.
"Encik aktivis...boikot jangan tak boikot!!"

"gengster kg dusun nak main bowling"
Keputusan akhir...kitorang kalah. Tapi kalah tipis jer. Lucky draw pun tak dapat cuma Justice sorang jer yang dapat lucky draw. Apa2 pun aku harus bagi kredit gak ngan sistem penganjuran derang ni. Siap ngan poster, dapat banyak sponser, ada sijil penyertaan. Kira ok lah coz derang punya kelab peminat derang betul2 komited. Bukan macam M2M Frenz ni...harap nama jer ada...tapi ahli2 kelab ntah kemana. Tak komited langsung!! Nak ajak gathering pun susah. No support!! Terlalu banyak alasan yang derang bagi. Harap posting jer macam bagus2. Sorry lah...ter'off topik' plak!

"ahli M2M yang berpaling tadah...nak join Pokja FC plak!"
































2 Comments:
abg zahar...ayat last tu mcm "panas" jer.....hahahahaha....
memang 'panas' pun PP...
Post a Comment
<< Home