Monday, January 01, 2007

Xclusive : 'Princess' @ Princess

Salam buat u ollss yang disayangi...hehehe... Kali ni aku nak citer sikit pasal birthday party yang di buat di Restoran Puteri, TTDI pada 27/12/2006 yang lepas. Sambutan Birthday Party buat seorang 'puteri' yang di buat di restoran puteri....hmm kebetulan kan?? Party ini dianjurkan oleh sahabat2 sang puteri daripada M2M Frenz Club.

"dekorasi bidan terjun!!"


Actually sang puteri ni telah pun menyambut birthdaynya pada 6/12 yang lepas tapi disebabkan beliau begitu sibuk dengan kerja2 nya maka tarikh 27/12 telah ditetapkan. Itupun last minit baru kompom. Maka plan bidan terjunlah yang terjadi. Jadi tetamu yang dijemput hadir ke majlis tersebut pun boleh dikatakan daripada kategori 'mak bidan' dan 'ahli2 payung terjun'....hehehe. Yang tidak terjemput tu harap dimaafkan lah. Nama pun plan bidan terjun. Walaupun plan bidan terjun tetapi majlis tersebut bagi aku telah begitu sukses sekali. Aku begitu kagum sekali dengan pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang boleh dikatakan sebagai salah satu 'sejarah' dalam M2M Frenz Club. So sweet. Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada Suh, Braggs, Gambate, Mawarmawi & Mier sebagai 'tulang belakang' kepada majlis itu. Aku pun terlibat jugak la. Tima kasih buat diriku jugak. Dalam demam2 tu...hehehe.

"Marsha make a wish.....aku tak tau ler apa yang dia wish kan"


"acara potong kek.....pakai parang panjang tuh!!"

Dalam sibuk aku bercerita lupa lak nak bagitau korang. Sang puteri bernama Marsha Milan Londoh. Manis betul si puteri ni semanis birthdaynya yang ke 21. Majlis berlangsung pada pukul 8.30 malam walaupun plan asal 7.30 malam. Adat orang Melayu kan.... Marsha hadir lebih kurang kul 8.45 malam. Haa...majlis kitorang kali bertemakan 'black & white'. So dress code kena hitam dan putih la... Selepas dinner kitorang adakan acara potong kek sambil nyanyi ramai2 diiringi oleh pemuzik dari pihak restoran. Aku tengok si Marsha macam terharu jer. Dia pun tak sangka kitorang buleh celebrate birthday dia camni punya rupa. Banyak jugak hadiah yang Marsha dapat pada malam tu. Dia bukak time tu jugak. Hadiah pemberian aku & Mawarmawi yang berupa handbag terus digunakan. Digantikan dengan handbag yang digunakan semasa datang tadi (tak cun pun handbag tuh)...hehehe marah Marsha kalo dia dengar. Kemudian diadakan sesi bergambar. Majlis selesai lebih kurang kul 10.45 malam. Diharap majlis tersebut membawa seribu kenangan buat Marsha.

"antara hadiah kegemaran Marsha..."


Sebenarnya pada malam tersebut aku & kawan2 yang disayangi ada satu lagi 'surprise birthday party'......tunggu kemunculan cerita tersebut...kay!

"Marsha bersama kakak tersayang.....muahahaha!!"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home